Tensenn tahap cipan aku pagi2 sebelum g keja.. Apa daa tak inform kat tv ker?? newspaper ker?? fb ker?? Macamana aku tak tau rehearsal 12 Sept. - 16 Sept. 2011 tutup jalan .. Ada Perhimpunan 1 Malaysia & Kemerdekaan pada 16 September 2011 (jumaat ~ hureyyy aku cuti..:D )
Hari malaysia cuti.. yeay..
Hari malaysia cuti.. yeay..
jammed di kl yg xbergerak ..
sempat berposing k.. uiiittttt...
...........................................................................................................
13 September 2011 (Selasa)
Pagi ni dapat bangun lambat sket coz pagi ni nak pergi HUKM (kini PPUKM).. nak p amik result post-mortem baby aku yg meninggal dlm kandungan.. (Stillbirth Death).. Sedih woo sape kata tak sedih.. Bayangkan aku mengandung ke hulu ke hilir 9 bulan dengan perut membonyot... Tapi, bukan ada rezeki.. Qari pun nampak nya belum bersedia dapat adik lagi kot?? maybe Qari nak aku meluangkan masa yg lebih untuk bermanja2 kot.. auwwww... uiiittttt... :D
Bayangkan dah hampir setahun aku tak amik result uri arwah anak aku (Allahyarham Muhammad Hafiz Zaem pada kelahiran 10/11/10 )... Hari ini baru aku amik result (13 Sept pukul 9.30 pagi)..
Boleh tak korang bayangkan?? Aku tak bersedia nak tahu punca dia... baru hari ini aku terbuka nak amik result.. itu pun en.suami tercinta yg beriya2 mahu menemani ku.. terima kasih abg ku sayang...
Bagiku setiap kejadian yg berlaku padaku sudah ketentuan Allah swt.. Tapi, tak boleh.. tak boleh gitu.. Aku mesti berpikiran positive... Adik ku dyan yg kini tengah mengandung asik membebel 2 kat aku suh amik result arwah Hafiz.. pelbagai alasan aku bagi.. Aku tak mau tahu pun keputusannya.. bagiku arwah hafiz lemas dlm kandungan.. uiiittttt.. Apa la ko ni zura.. ko kan mama yg strong... mana ke strong ko tu... huhuuu
Aku & en.suami melangkah kaki kanan agaknya, pagi ni tak ramai pesakit yg medical check-up.. Aku kan penyibuk.. try tanya pada nurse tu.. Rupa2nya Doktor ada exam.. Syukur permudahkan urusan ku.. Akhirnya dapat gak nurse tu print kan semua result tu.. dari awal aku mula checkup sampai uri yg diambil sedikit utk post-mortem.. Rupanya senang jer amik result.. tapi kenapa aku tak amik awal2?? huhuhuuu..
Tapi, nape aku tak faham?? .. Kenapa?? coz tulis semua psl medical.. Ayat doktor... Ayat Sains Hayat.. Ayat ?? senang cter org yg keja bahagian O&G perubatan jer kot yg tahu.. huhuuu
membuatkan hati ku terbuka nak amik result disebabkan.. Tetiba aku terdengar story en.suami, isteri kawan dia terjadi.. kes dia pernah terjadi macam aku gak (bayi mati dlm kandungan).. Then, dia mengandung lagi eberapa thn selepas itu, then dia buat tak tahu pasal keputusan punca kematian itu ketika dulu.. Rupa2nya, apabila dia mengandung sekarang, dia mengalami risiko buah pinggang yg tahap part 3 hampir kritikal.. dan isteri kawan en.suami tu mengalami kerosakan buah pinggang yg teruk dlm keadaan mengandung anak seterusnya.. MasyaAllah.. nasib dia begitu.. Rupa2nya ada risiko jika kita mengalami kematian baby dlm perut.. kita perlu buat rawatan susulan.. baru ok sama ada kita mahu anak seterusnya...
Ya Allah, jauhilah keluarga kami dari malapetaka itu.. Insyaallah, ada rezeki, aku akan dapat anak lg.. Cuma buat sementara ni, kami merancang.. Tunggula aku abis study tahun depan, boleh la merancang nak baby tahun 2013.. Pada tahun 2013, Qari pun dah besar 4 tahun... boleh jaga adik.. :)
Result yg kami perolehi tadi, akhirnya en.suami pegang.. dia nak scan & email pada adik ipar aku.. Adik Fit pernah jadi Doktor O&G.. maybe dia lebih tahu nak terangkan dgn lebih lanjut pada kami yg blurr pasal bahasa saintifik para doktor2 ni.. hehee:P
Al-Hamdulillah xda apa.. Staff Hukm tu pun tak cakap apa2 untuk rawatan susulan.. kiranya Al-Hamdulillah.. xda apa2.. cuma belum ada rezeki untuk menimang 2nd baby.. Doa2kan aku dapat kembar yek?? xperlu nak bersalim byk kali.. insyaallah kalo aku tersenarai yg ditentukan oleh Allah swt.. :)
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D