DERITA…‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam
otak. Kesiannya baby comel yg jadi mangsa keadaan..
Baby comel dalam keadaan KOMA, sebelah mata terbuka &sebelah mata sedang lena tdo..
Sedih kan???
Baby comel dalam keadaan KOMA, sebelah mata terbuka &sebelah mata sedang lena tdo..
Sedih kan???
SUBANG JAYA:
“Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalamipendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.
Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.
Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.
Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.
.............................................................................
Sedihnya bila dipikirkan kepada ibu bapa baby Beckham ni.. Luluh.. sayu.. syahdu.. Naluri ibu di jiwa lara ku xdpt nak meluahkannya... Kuasa Allah telah tersurat kepadanya.. Tapi, kita yg masih hidup dan waras ni, kena la sentiasa berwaspada...
Ya Allah, jauhi kan anak2 aku terjadi seperti ini.. Bila di pikirkan balik, budak sebesar Beckham ni bukan tau apa.. Baby umo 7-12 bulan tu.. time tu sudah lasak merangkak / baru dapat kaki (boleh bertatih n berjalan sket2) ke hulu hilir.. tdo atas katil pun bahaya boleh jatuh.. maybe boleh tergelincir... maybe boleh terjatuh buaian.. katil.. apa sahaja pun boleh terjadi...
Tgk baby malang ni.. Teringat anak ku tersayang Qari jatuh dalam bilik air... Kepala qari luka sket berdarah.. Ya Allah.. Masyaallah.. Xdpt ku bayangkan time tu, gelapnya dunia ku masa tu... Nampak sedikit darah mengalir di leher.. Tak dapat ku bayangkan depan mata masa tu.. Disebabkan anak ku berlari nak keluar dari toilet, sekali tergelincir & terhantuk di lantai toilet bilik ku lagi.. Depan mata aku lagi... huwaaaa.. Masa tu Qari 2 thn 6 bulan.. sudah besar pun.. Malang xkenal siapa jika kita cuai @ leka @ mcm2 la...
Masa tu, aku kena bertindak pantas, capai towel dan tutup/tekan dgn lembut tempat luka tu sebelum bawa ke klinik utk pemeriksaan... Al-Hamdulillah, doktor kata Qari selamat dan luka kecil jer.. Luka budak biasa jer.. Syukur sesangat masa tu....
Sejak terjadi nya begitu, aku & en.suami sentiasa berhati2.. Kami sentiasa mandikan Qari.. Kami suapkan Qari makan.. Kalo Qari makan sendiri, ibu bapa kena pantau (takut tercekik..).. Kalo tdo, bawa anak tdo bersama2... Tak mau Qari bersendirian di mana sahaja.. Anak yg kecik perlu mendapat perhatian yg lebih.. Dan yg plg penting tgk pengasuh yg menjaga anak2 kita ok @ x @ boleh dipercayai..
Coz kita berada di opiz 8jam + 2jam (jammed atas keta pegi balik..).. so, 10 jam anak jauh di depan mata...
Aku bersyukur sangat2 Ya Allah.. Ibu ku yg tersayang menjaga anak2 ku.. Nenek menjaga cucu dengan belaian kasih sayang yg kita pernah perolehi dulu... Syukur nikmat Mu Ya Allah memberi ku Rahmat mu.. Terima kasih buat ibuku tersayang yg sudi menjaga cucumu dgn baguzznya.. Angah sayanggg ibu..
Diriku sungguh touching hari ni bila baca Harian Metro kisah baby koma ni.. Sejak anakku Arwah Hafiz meninggal, sensitiviti aku sungguh tinggi dan sentiasa tersentappp jer mak.. Aku xblh nak tgk baby2 ? anak2 yg terseksa... Syahdu beb !!!!! huwaaaa :((
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D